Tuesday, 19 April 2016
TENAGA PENGIKTIFAN
* Tenaga yang perlu diatasi untuk sesuatu tindak bals kimia berlaku.
* Boleh dikenali juga sebagai tenaga minimum yang diperlukan untuk sesuatau tindak balas kimia spesifik berlaku.
TEORI PERLANGGARAN
Teori perlanggaran adalah satu teori yang dicadangkan oleh Max Trautz (1916) dan William Lewis(1918), yang menerangkan bagaimana tindak balas kimia berlaku dan mengapa kadar tindak balas berbeza bagi tindak balas yang lain.
Apabila sesuatu reaktan bertindakbalas, akan berlaku perlanggaran zarah-zarah semasa proses tersebut. Sekiranya zarah-zarah berlanggar pada orientasi (posisi) yang betul dan juga dengan nilai magnitud yang betul, maka ini kita panggil sebagai Perlanggaran Berkesan.
Namun, harus diingat. Tidak semua perlanggaran yang berlaku semasa tindak balas adalah perlanggaran berkesan!
Perlanggaran yang berkesan mempunyai tenaga yang cukup, juga dikenali sebagai tenaga pengaktifanuntuk mengatasi daya tarikan antara ikatan dan membentuk ikatan baru.
Ini bermakna, jika semakin kerap berlakunya perlanggaran, akan semakin keraplah juga berlakunya perlanggaran berkesan. Apabila semakin kerap perlanggaran berkesan, maka semakin tinggilah kadar tindakbalas.
PENGGUNAAN MANGKIN DALAM APLIKASI INDUSTRI
- Pengunaan mangkin akan memastikan proses tindak balas berlaku pada kadar yang serdahana tetapi pada suhu yang rendah dannmengurangkan kos tenaga.
- Contoh proses industri yang menggunakan magkin ialah:
~ proses peretakan ynag menggunakan aluminium dan kromium oksida sebagai mangkin.
~ pembuatan majerin yang menggunakan nikel
APLIKASI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
1. Penyimpanan makanan.
- Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat akan menyebabkan makanan rosak.
- ianya akan berganda dengan cepat pada suhu 10celcius-60celcius.
- makanan hendaklah disimpan di dalam tempat yang bersuhu 5celcius seperti peti ais bagi mengelakkan makanan rosak (mengurangkan bakteria membiak)
2. Pembakaran arang batu.
- Kepingan arang yang besar tidak dapat terbakar dengan mudah kerana luas permukaan yang terdedah kepada oksigen sangat kecil.
- Oleh itu, kepingan arang batu yang kecil digunakan, ia boleh dibakar dengan mudah. ini kerana permukaan yang besar terdedah kepada oksigen.
3. Memasak makanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)