Tuesday, 19 April 2016

APLIKASI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

1. Penyimpanan makanan.
  • Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat akan menyebabkan  makanan rosak.
  • ianya akan berganda dengan cepat pada suhu 10celcius-60celcius.
  • makanan hendaklah disimpan di dalam tempat yang bersuhu 5celcius seperti peti ais bagi mengelakkan makanan rosak (mengurangkan bakteria membiak)

2. Pembakaran arang batu.
  • Kepingan arang yang besar tidak dapat terbakar dengan mudah kerana luas permukaan yang terdedah kepada oksigen sangat kecil.
  • Oleh itu, kepingan arang batu yang kecil digunakan, ia boleh dibakar dengan mudah. ini kerana permukaan yang besar terdedah kepada oksigen.

3. Memasak makanan.
  • Penggunaan periuk tekanan. Tekanan di dalam lebih tinggi berbanding di luar periuk. 
  • Ini akan meningkatkan suhu takat didih makanan. Makanan lebih cepat dimasak.

No comments:

Post a Comment