Tuesday, 26 April 2016

JOM TEST MINDA KORANG! XD


       (a)   Apakah yang dimaksudkan dengan mangkin ?        
                                     
 
           Pemangkinan adalah perubahan dalam kadar tindak balas sesuatu tindak balas kimia yang    disebabkan oleh suatu bahan yang dinamakan mangkin. Mangkin adalah berbeza daripada reagen-reagen kimia lain dalam suatu tindak balas kimia, iaitu ia tidak termakan oleh tindak balas tersebut. Mangkin boleh terlibat dalam beberapa transformasi kimia. Mangkin yang mempercepatkan kadar tindak balas adalah dinamakan mangkin positif.
 
 

(a)      Berikan 3 tenaga pengaktifan ke atas mangkin.
 
 
  • terikat dengan reagen untuk mengutubkan ikatan kimia (contohnya mangkin asid dalam tindak balas sebatian karbonil),
  • membentuk perantaraan tertentu yang tidak dihasilkan secara semulajadi (contohnya perantaraan ester-ester osmat dalam proses pemangkinan alkena oleh osmium tetroksida),
  • atau menyebabkan lisis reagen-reagen agar menjadi bentuk yang lebih reaktif, contohnya hidrogen keatoman dalam penghidrogenan bermangkin.



 
 
 
                                                        

 

     
 

 

Tuesday, 19 April 2016

TENAGA PENGIKTIFAN



* Tenaga yang perlu diatasi untuk sesuatu tindak bals kimia berlaku.

* Boleh dikenali juga sebagai tenaga minimum yang diperlukan untuk sesuatau tindak balas kimia spesifik berlaku.





TEORI PERLANGGARAN





Teori perlanggaran adalah satu teori yang dicadangkan oleh Max Trautz (1916) dan William Lewis(1918), yang menerangkan bagaimana tindak balas kimia berlaku dan mengapa kadar tindak balas berbeza bagi tindak balas yang lain.




Kadar tindak balas kimia mengikut Teori Perlanggaran (Collision Theory)




Apabila sesuatu reaktan bertindakbalas, akan berlaku perlanggaran zarah-zarah semasa proses tersebut. Sekiranya zarah-zarah berlanggar pada orientasi (posisi) yang betul dan juga dengan nilai magnitud yang betul, maka ini kita panggil sebagai Perlanggaran Berkesan.




Namun, harus diingat. Tidak semua perlanggaran yang berlaku semasa tindak balas adalah perlanggaran berkesan!

Perlanggaran yang berkesan mempunyai tenaga yang cukup, juga dikenali sebagai tenaga pengaktifanuntuk mengatasi daya tarikan antara ikatan dan membentuk ikatan baru.

Ini bermakna, jika semakin kerap berlakunya perlanggaran, akan semakin keraplah juga berlakunya perlanggaran berkesan. Apabila semakin kerap perlanggaran berkesan, maka semakin tinggilah kadar tindakbalas.

PENGGUNAAN MANGKIN DALAM APLIKASI INDUSTRI


  1. Pengunaan mangkin akan memastikan proses tindak balas berlaku pada kadar yang serdahana tetapi pada suhu yang rendah dannmengurangkan kos tenaga.
  2. Contoh proses industri yang menggunakan magkin ialah:
               ~  proses peretakan ynag menggunakan aluminium dan kromium oksida sebagai mangkin.
               ~  pembuatan majerin yang menggunakan nikel
               ~  proses haber penyediaan ammonia yang menggunakan mangkin besi.



APLIKASI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

1. Penyimpanan makanan.
  • Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat akan menyebabkan  makanan rosak.
  • ianya akan berganda dengan cepat pada suhu 10celcius-60celcius.
  • makanan hendaklah disimpan di dalam tempat yang bersuhu 5celcius seperti peti ais bagi mengelakkan makanan rosak (mengurangkan bakteria membiak)

2. Pembakaran arang batu.
  • Kepingan arang yang besar tidak dapat terbakar dengan mudah kerana luas permukaan yang terdedah kepada oksigen sangat kecil.
  • Oleh itu, kepingan arang batu yang kecil digunakan, ia boleh dibakar dengan mudah. ini kerana permukaan yang besar terdedah kepada oksigen.

3. Memasak makanan.
  • Penggunaan periuk tekanan. Tekanan di dalam lebih tinggi berbanding di luar periuk. 
  • Ini akan meningkatkan suhu takat didih makanan. Makanan lebih cepat dimasak.

Tuesday, 5 April 2016

KESAN TEKANAN TERHADAP KADAR TINDAK BALAS

  • Tekanan hanya mempengaruhi kadar tindak balas yang melibatkan gas.
  • Pengurangan tekanan tindak balas akan mengurangkan kadar tindak balas.
  1. Kadar tindak balas kimia bagi membentuk hidrogen monoksida boleh ditingkatkan dengan menambahkan tekana ke atas tindak balas.

  • Apabila  tekanan meningkat isipadu gas akan berkurang dan menyebakan molekul molekul gas mendekati satu sama lain.
  • Ia menyebabkan perlanggaran bertambah dan berkesan antara molekul molekul gas dan meningkatkan kadar tindak balas.


KESAN MANGKIN TERHADAP KESAN TINDAK BALAS


  • Mangkin ialah bahan yang boleh mengubah kadar suatu tindak balas.

  • Ia juga boleh berubah secara fizikal tetapi tidak berubah dari segi kimia selepas suatu proses tindak balas.

  • Mangkin juga merupakan suatu kaedah untuk tindak balas kimia yang memerlukan tenaga pengaktifan yang rendah.

  • Ia penting dalam industri kerana membolehkan proses dijalankan pada suhu yang rendah dan kekurangan kos tenaga.


Graf berikut menunjukkan kesan mangkin ke atas kadar tindak balas bagi penguraian hidrogen peroksida yang dimangkinkan oleh serbuk mangan (IV) oksida.